Entry: Setelah 8 tahun, Nyanyian Tanjung Sepi... Saturday, May 24, 2014



Assalamualaikum,

Terpaksa kaksu 'tempek' entri ini, sebab Blogdrive dah mengamuk nak 'delete' blog yang tidak aktif. Amboi... [ps: terima kasih Tun Arnida, sebab maklumkan yang blog ini dah hilang]

Nyanyian Tanjung Sepi - Sebuah Kenangan

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidak kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.


Rasa-rasanya KakSu menulis Nyanyian Tanjung Sepi dalam tahun 1991 lagi. Ketika itu, KakSu baru sahaja 'posting' ke Sibu. Setiap petang KakSu cuba menyibuk diri apabila Abang Rosdi sibuk bermain bola sepak dan latihan ragbi untuk pasukan sekolahnya.

Kami tinggal di 'apartment' empat tingkat, berdekatan dengan 'town'. Kebetulan kami tinggal di tingkat atas dengan 'attachment' ruang kosong di atasnya lagi. Rutin yang menyeronokkan; ke perpustakaan awam (syukurnya, dibuka hingga jam sembilan malam... dan dapat meminjam 4 buah buku sekali gus). Sekarang ni, di sini (Sungai Petani) perpustakaan hanya di buka mulai jam sepuluh pagi sehingga 5 petang sahaja. Apatah lagi sekarang ni kerajaan cuti Jumaat dan Sabtulah pulak.

Bagaimanapun perpustakaan tiga tingkat (? Tak ingat) di Sibu tu cuma ada buku-buku cerita bahasa Cina dan Inggeris (KakSu tak baca pun). Tetapi ada banyak buku ilmiah, jadi itulah buku-buku yang dapat kami pinjam dan baca. Bayangkan kalau dah dua orang pinjam, kita dapat 8 buah buku.

Selepas tu kami akan makan-makan di tepi jalan dekat Kampung Datuk. Di situ jual ayam bakar (golek) dan sup udang galah yang sedap dengan cendawan. Airnya, tentulah air kelapa. Ayam seekor (ketika tu, tak boleh beli separuh lagi) kami habis berdua sahaja. Padanlah KakSu menjadi sangat tembam ketika duduk di Sarawak dan kemudiannya, berat badan tu sudah tak susut-susut lagi sehingga kini.

Lalu apa lagi yang KakSu buat untuk memenuhi masa yang terluang di 'apartment' tu sendirian? Tentulah dengan menulis. Lalu cerita Nyanyian Tanjung Sepi dan Rindunya Kian Membara (bukan judul asal)... KakSu lakarkan, dalam buku latihan. Rasa-rasanya kedua-dua cerita ni dilahirkan dalam tempoh yang lebih kurang sama. KakSu tidak ingat yang mana KakSu mulakan dahulu; Nyanyian Tanjung Sepi atau Rindunya Kian Membara?

Seingat KakSu, tajuk yang KakSu tulis pada ketika itu untuk Nyanyian Tanjung Sepi ialah
>>> Dr Khalidah: Nyanyian Tanjung Sepi
Sementara untuk Rindunya Kian Membara ialah;
>>> Dr Farhanah: Kasih Yang Berderai

Ketika itu, tidak pernah terlintas di hati KakSu untuk menghantar manuskrip itu ke mana-mana. KakSu tidak pernah tahu, di Semenanjung orang CESB sudah mulai menerbitkan novel-novel pun. Sebab buku-buku cerita (kecuali keluaran DBP) tidak pernah sampai dijual di Sibu. Jadi KakSu menulis untuk seronok sendiri sahaja.

Yaalah, supaya apabila KakSu bersendiri, ada sesuatu yang KakSu lakukan untuk menghabiskan masa yang terluang. Ketika itu, KakSu sudah pun menaip cerita Kernamu Ain Najwa... (tajuk asal). Semangatlah tu, baru beli PC 'second hand' dari orang. Rasanya harganya, RM2000. Abang Rosdi pernah mengusik, "boleh balik modal ke beli komputer ni?" Alhamdulillah, walaupun masih terkial-kial menaip dengan dua jari... KakSu memang menang beberapa peraduan menulis cerpen hasil dari menaip dengan PC tu... yang terbesar tentulah anugerah Sayembara Esso-Gapena ke-9, hadiahnya RM3,000. Balik modallah tu.

Walaupun sudah ada PC, tetapi sedari dulu pun, Nyanyian Tanjung Sepi dan Rindunya Kian Membara (KakSu cadangkan tajuknya sebagai, Surat Bersampul Perang kepada penerbit)... tidak pernah bertaip. Kerana tiba-tiba minat KakSu terarah ke arah menulis cerpen juga. Silalah ke rumah KakSu Buat Menyapu Si Ayer Mata untuk membaca cerpen-cerpen lama-lama KakSu di situ.

KakSu menulis Nyanyian Tanjung Sepi ke blog selepas, ingin menulis sebuah e-novel. Tentu sahaja ketika itu terpengaruh dengan penulisan anis a.k.a rnysa yang manis dalam RADHA. KakSu ingin menulis Nyanyian Tanjung Sepi ke situ kerana Nyanyian Tanjung Sepi tu KakSu tak berminat nak terbitkan ke mana-mana lagi. KakSu rasa ceritanya macam ala-ala Rindunya Kian Membara sahaja. Lalu daripada tersimpan dalam kotak kayu atau dibuang begitu sahaja... biarlah KakSu tulis cerita tu secara bersiri di blog ini.


Inilah manuskrip bertulis tangan dalam buku latihan
yang kaksu pindahkan ke blog secara bebas
dan ubahsuai sesedap hati itu....


Tidak sangka ya, blog ini telah mendewasakan Nyanyian Tanjung Sepi... pabila Nida melamar Nyanyian Tanjung Sepi KakSu dan dipujuk-pujuk oleh pelayar yang singgah di Nyanyian Tanjung Sepi, KakSu pun terasa nak membukukannya....




   59 comments

s
May 25, 2016   05:45 PM PDT
 
salam kak su, terasa nak mengimbau kenangan sempena 10thn NTS, setiap minggu saya ke bandar cari cyber cafe utk baca cerita2 yg di update blog kak su, hlovate, RADHA...Alhamdulillah semuanya telah dibukukan!

sedikit luahan rasa ttg NTS, byk komen2 yg saya baca pembaca suka Lida & Aqmar, tp saya masih setia dgn Zainur sejak kenal watak Lida & Dr Zainur dlm Keranamu Ain

kak su, teruskan menulis dan saya akan menyokong setiap karya kak su.
aza
May 25, 2016   08:29 AM PDT
 
Karya yang berjiwa...
Terima kasih kerana tulisan kak Su menghiasi hari...
aza
May 25, 2016   08:29 AM PDT
 
Karya yang berjiwa...
Terima kasih kerana tulisan kak Su menghiasi hari...
Khairunnisak Hamid
May 27, 2014   05:30 PM PDT
 
Blog pertama yang saya baca dan terus jatuh cinta :-)
kaksu
May 26, 2014   02:07 PM PDT
 
Puan Sri,
Kaksu pun sayang ke Puan Sri :D terima kasih kerana menyolong.

Wan Empok,
Nak tisu Cik Wan, jom kita nangis sama-sama

Nazawati,
Terima kasih kerana membantu :D

Norashburn,
Ingat mana pula tidaknya. Terima kasih kerana sudi singgah.

Ummiyati,
Ooooo, orang Loq Staq la ni  Kaksu pun selalu sayu kalau singgah sebelah hospital :p
kaksu
May 26, 2014   02:04 PM PDT
 
Iejay,
Rumah lama ni, waktu kita belum kenal.

mE,
Mai la jemput minum.

Terima kasih Marlina.

Noor Waheeda,
:p

Sue1978,
Masuklah, makanlah apa yang patut.

Didy Diana Manan,
Terima kasih. Sayang dia juga :D

Hunt,
Jemput ke anjung, kita berbual.

Hana,
Terima kasih kerana baca Nyanyian Tanjung Sepi.

Aini,
:D terima kasih atas sokongan.

Abbysyidah,
Terima kasih. Jemput la.

Melur Nor,
Nanti kaksu tengok macam mana. Kaksu ada blog lain pun, sebab blog NTS ni semua cerita NTS sahaja. Kalau ‘Kekasih Waktu’ ada kaitan kaksu akan muatkan juga :D bahagian yang ada kaitan tu.

Kak Noor,
Tu yang ramai kata, boleh baca sekali sahaja. Terima kasih Kak Noor atas segala sokongan.

Gerau,
Wa’alaikumsalam.

Shahida,
Masuklah... terima kasih kerana sokong kaksu.

Eyman Hykal,
Terima kasih, jemputlah... memang kedatangan Eyman sedang memeriahkan dan mencerahkan.

Ahada,
Ya... persahabatan yang manis :D sudah lama kan, kita kenal. Blog ni ada sayunya, sebab ada banyak komen Kak Nur Khairiyah yang sudah pergi. Geng Dang’s kita.
kaksu
May 26, 2014   01:53 PM PDT
 
Aqilah Rosdi. Terima kasih kerana baca Noor Suraya  kata-kata manismu buat kaksu terharu.

Zana,
Terima kasih. Harap kata-kata Zana, adalah doa untuk kaksu. Amin.

Asfirhana,
Yalah sejak tahun 2007, kaksu dah jarang-jarang masuk. Terima kasih kerana terlibat dengan sesi menyelamat ini ahaks.

Kak Ee, Lida dan Aida – terima kasih kerana singgah.

Anim,
Masuk-masuk. Ni ada seteko lagi. Roti jala kesukaan kaksu. Gulai ayam ke serawa durian tu? Mai kita berduet nyanyi lagu ‘Nyanyian Tanjung Sepi’.

Cikgu Fadlun Nisa,
Terima kasih kerana baca NTS. Tanpa yang membaca, siapa yang kenal NTS dan kaksu. Yang membacalah yang beri kaksu kekuatan.

Ilafadziela,
Jemput-jemput. Kita baru nak minum teh sekali lagi.

Rozzhazidi,
Terima kasih kerana menyokong kaksu, dan NTS adalah cerita kita – semua orang membantu kaksu menulis di sini.

Urai :D

Zarina,
Sat kaksu catat nama orang yang dah ‘chek-in’. Terima kasih ya.

Notei,
Terjebak ya :D
Yah gembiranya dengan ukhuwah yang manis ini. Moga silaturahim ini berkekalan hendaknya.

Nad,
Terima kasih.

Udaiza,
Kaksu pun, kalau orang tak cakap dah kena sita – dah lama tak menjenguk. Terima aksih Uda.

Wafa,
Mai la masuk, jangan intai saja.

Name,
Terima kasih. Kalau ada yang membaca insya-Allah kaksu akan terus menulis.
Aqilah Rosdi
May 25, 2014   08:23 AM PDT
 
kenapa ya? tulisan kak su selalunya tak jemu dibaca. kena diulang berkali-kali tapi tetap ingin dibaca lagi.
Name
May 25, 2014   08:19 AM PDT
 
kenapa ya? tulisan kaksu selalunya tak jemu dibaca. kena diulang berkali-kali tapi tetap terasa ingin dibaca lagi.
zana
May 24, 2014   08:33 PM PDT
 
indahnya bahasa kak su. :)
Asfirhana
May 24, 2014   08:24 PM PDT
 
Lamanya tak singgah bertamu di sini...
kak ee
May 24, 2014   08:09 PM PDT
 
Kak Su..... :)
Liya
May 24, 2014   06:44 PM PDT
 
Saya folo....
aida
May 24, 2014   01:11 PM PDT
 
Saya dah singgah sini.. ����
anim
May 24, 2014   01:07 PM PDT
 
Kak su.. ayaq teh bnyk lagi anjm bawak roti jala meh mkn sama sambil layan NTS
Fadlun Nisa Mohd Tohid
May 24, 2014   12:51 PM PDT
 
Novel yang sentiasa ikut saya di mana saya menetap... terima kasih kak su sbb inti Nyanyian Tanjung Sepi sangat memberi kekuatan... :)
ilafadziela
May 24, 2014   12:37 PM PDT
 
..singgah sekejap
Rozzhazidi
May 24, 2014   11:45 AM PDT
 
Sentiasa menyokong karya dik Su....Nyanyian Tanjung Sepi terlalu dekat di hati, tak mungkin dapat dilupakan.
urai
May 24, 2014   11:28 AM PDT
 
:-D
Zarina
May 24, 2014   11:14 AM PDT
 
Check in
notie
May 24, 2014   10:02 AM PDT
 
Rumah kecil tiang seribu pun best rumah mak raja pun best, suka membaca coretan tulisan kaksu.

Pertama kali terjumpa rumah kaksu setelah terjebak di rumah Anis Radha.
Sebelum tu dah tertarik setelah membaca Keranamu Ain. Sekali dapat kenal dengan penulisnya wow seronok. Alhamdulillah semuga silaturahim ini berpanjangan hendak nya. Amin
nad
May 24, 2014   09:57 AM PDT
 
Best... :)
udaidza
May 24, 2014   09:54 AM PDT
 
Kak su mmg smpi terlupa rumah ni. Tp nts tetap melekat kt hati
Wafa
May 24, 2014   09:51 AM PDT
 
Intai-intai kejap... 😉
Name
May 24, 2014   09:42 AM PDT
 
Tahniah k.su byk kelebihan yg ada pd k.su...
Smg berterusan menulis...
iejay
May 24, 2014   09:30 AM PDT
 
Saya hampir lupa rumah ni wujud.. yg saya ingat rumah makcik raja aje..
mE
May 24, 2014   09:21 AM PDT
 
Singgah k.sue...
marlina
May 24, 2014   08:56 AM PDT
 
sentiasa menyokong karya norsuraya
noor waheeda
May 24, 2014   08:53 AM PDT
 
Masa kak dok karang cerita ni dlm pc sy org pertama dok godek baca.. time tu tgh jaga kedai buku ceriteria (buku novel)hihi jgn marah Kak;)
sue1978
May 24, 2014   08:50 AM PDT
 
singgah :)
Didy Diana Manan
May 24, 2014   08:38 AM PDT
 
Sypport to k.su...love u...
hunt
May 24, 2014   08:13 AM PDT
 
singgah
hana
May 24, 2014   08:00 AM PDT
 
Nyanyian tjg sepi..karya kak su x pernah kecewakan hana. :)
aini
May 24, 2014   07:45 AM PDT
 
Support k su..chayok!!
abbysyidah
May 24, 2014   07:43 AM PDT
 
Singgah
melur nor
May 24, 2014   07:02 AM PDT
 
Kak su..blh x copy kekasih waktu msk blog ni...x dan nk baca kat bh lgpun xsuke baca surat kabo..
kaknOOr
May 24, 2014   07:00 AM PDT
 
Uwah.... nts... novel terbaik bagi kaknOOr kemas tersimpan. Tak dpt nak ulang baca...pasti mata bengkak....
kaknOOr
May 24, 2014   07:00 AM PDT
 
Singgah
kaknOOr
May 24, 2014   06:59 AM PDT
 
Uwah.... nts... novel terbaik bagi kaknOOr kemas tersimpan. Tak dpt nak ulang baca...pasti mata bengkak....
gerau
May 24, 2014   06:56 AM PDT
 
Assalamualaikum
shahida
May 24, 2014   06:51 AM PDT
 
Singgah
shahida
May 24, 2014   06:50 AM PDT
 
Datang singgah.. sntiasa menyokong karya kaksu..
EymanHykal
May 24, 2014   06:48 AM PDT
 
Salam. Saya singgah untuk memeriah dan mencerah.
aHaDa
May 24, 2014   06:34 AM PDT
 
Kaksu, walaupun entri lama tapi terubat rindu jenguk Blogdrive...
Terima kasih atas cerita yang indah!
Puan Sri
May 24, 2014   06:30 AM PDT
 
Saya pun tanak blog ni closed.. Sayang sgt dgn Nyanyian Tanjung Sepi
wan empok
May 24, 2014   05:57 AM PDT
 
Sebut judul Nyanyian Tanjung Sepi saja pun dah rasa sebak, sebut nama watak dah rasa nak nangis, baca sekali lagi berendam ayer mata lagi laaa.

Nazawati
May 24, 2014   05:41 AM PDT
 
Sayangnya kat blogdrive kaksu.datang sebagai sebahagian penyelamat kecil blog kaksu yg berharga ni.
norashburn
May 24, 2014   05:36 AM PDT
 
Salam kaksu.. saya singgah jenguk di sini.. harap masih ingat saya lagi ya.. ;)
ummiyati
May 24, 2014   05:20 AM PDT
 
Baca NTS buat hati beralun alun.Dasyatnya penangan sampai bila lalu Tmn Golf mcm ternampak nampak peristiwa yg berlaku.
kaksu
May 24, 2014   04:07 AM PDT
 
As, terima kasih atas doa :)
As
May 24, 2014   03:34 AM PDT
 
Kak sue, NTS antara kegemaran As! Sangat menyentuh ke hati :)

Semoga Allah memberkati Kak sue atas tulisan ini
kaksu
May 24, 2014   03:30 AM PDT
 

q --> kalau ada perhimpunan alumni apa ke, jangan LUPA jemput otai ni semua tau :p
q
May 24, 2014   03:15 AM PDT
 
wah...ini kisah geng e-novel generasi pertama.. saya ni generasi entah ke berapa pun saya tak tahu..
kaksu
May 24, 2014   03:08 AM PDT
 
Syda sayang,
Siap. Sedang bancuh teh lain, biar panas dan berasap. Bawa roti tu kat anjung ya, Terima masih, memang dah lapar ni.

Liza dearie,
Sayang dia juga :D

Xenia,
Moga ada waktu, memang seronok kalau duk tulis pasal depa.

Xenia Zidane
May 24, 2014   03:03 AM PDT
 
Kak Noor Suraya, bulan puasa nanti blh update balik dah blog ni.rindu nak baca watak-watak buku-buku Kak Sue menyambut puasa dan puasa :)
Syda
May 24, 2014   03:02 AM PDT
 
Syda datang bawa roti naik dengan sambal ikan bilis ni...masih adakah teh panas kak Su tu ;-p
liza shariff
May 24, 2014   02:46 AM PDT
 
Sayang Kak Su..:)
kaksu
May 24, 2014   02:28 AM PDT
 
Nani terima kasih, nanti kaksu ambil teh panas ya, lepas tu kita makan biskut dulu, baru balik ya.
nani zuliana
May 24, 2014   02:25 AM PDT
 
Saya singgah...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments