Entry: Suatu Hari di Bulan Puasa... Friday, June 06, 2014



 

1988: Taman Badlishah, Jalan Pegawai
Nyanyian Tanjung Sepi

KHALIDA menolak pintu lipat warna krim sehingga rapat ke dinding. Di anjung yang menghadap ke rumah Mak Teh Radiah tu, emak letakkan tempayan besar yang rendah tempat ikan emak berbagai-bagai warna berenang-renang di situ. Malangnya minggu lalu ikan-ikan emak mati kerana keracunan, entah siapa la beri ikan-ikan tu makanan yang silap agaknya. Ini tentunya kerja cucu-cucu teman bersara emak la ni.

 Nakal!

 Kelmarin, sudah pun Aqmar belikan emak ikan yang baharu, ikan kap Jepun warna-warni. Masih kecil-kecil pun, 7 ekor semuanya. Emak gembira bukan main. Aqmar memang pandai ambil hati emak. Apa sahaja emak sebut, sekejap sahaja sudah ada di depan mata emak. Mana tak jadi menantu kesayangan emak.

Tengoklah puasa baru sahaja sehari, sudah pun emak dibelikannya baju untuk hari raya daripada batik sutera, siap dengan tudung lagi. Itu tidak termasuk janji hendak bawa emak beli kasut di Penang pula waktu hendak hantar Lida balik ke kampus minggu depan. Pandai aja dia beli hati emak, hati-hati Mak Teh dan Mak Tam juga. Malah sejak tiga tahun jadi menantu emak, adik-adik sepupu Lida lebih kasih akan Aqmar daripada Lida. Mana taknya, Aqmar belikan mereka bunga api macam-macam jenis, duit raya pun bukan sepuluh dua puluh ringgit nilainya.

Tapi hati Lida yang sekeping ini, belum dia mampu beli sepenuhnya. Lida pun jadi kasihan, tapi cinta bukannya boleh dipaksa-paksa, kan? Lida pun bukannya tidak cuba untuk kasihkan dia sungguh-sungguh... kasih dan sayang itu ada, agaknya lambat bertunas aja. Atau malu-malu untuk Lida pamerkan. Apatah lagi lagi kalau di depan orang.

"Lida!"

"Ya emak."

Mata Lida sudah tumpah pada emak di depannya.

"Sudah pukul berapa ni, tak masuk dapur lagi. Emak mana tahu suami Lida suka makan apa untuk berbuka." Soalan emak Lida balas dengan senyum. Emak memang tidak suka kalau Lida buat mudah dalam hal menguruskan Aqmar.

"Abang Aqmar buka dengan kawan-kawan dia hari ni, emak." Balas Lida, dia melambai ke arah Ema adik sepupunya yang sedang mengerat serai di rumah sebelah, entah apalah yang Mak Teh hendak masak hari ini. Siap ada serai, siap petik belimbing buluh juga.

Ema tidak berani membalas lambaian Lida dengan ada pisau di sebelah tangan kanannya dan serai yang belum dikerat daunnya di tangan kiri. Dia cuma senyum.

"Lida gaduh dengan Aqmar?"

"Eh, taklah. Cuma dia makan dengan geng-geng hospital hari ini. Itu yang dia 'letak' Lida di sini. Supaya Lida seronok!"

"Sahur?"

"Nanti Abang Aqmar datang lepas singgah rumah umi dia. Sahur di sini la, emak." Cikgu Raihan sudah menjeling... 'umi dia'. Eloklah cakap macam tu, buat didengar orang... orang kata Cikgu Raihan ni tak tahu jaga tutur kata anak!

"Aqmar tu memanglah budak baik, belajarlah bersyukur Lida."

Lida membalas kata-kata emaknya dengan sebuah senyuman.

Ya, Aqmar yang baik apa lagi yang boleh dia kompelin. Suasana nyaman petang itu menambah sayu Lida pada rumah tangganya. Apa lagi yang dicarinya? Aqmar nampak begitu sempurna pada mata kasar semua orang, juga mula meraih kasih sayang daripada hati Lida juga. Aqmar datang dengan pakej yang sungguh lengkap " menjadi sahabat baik tempat dia bertukar cerita dan pendapat; menjadi 'abang' dan 'ayah' dalam menyelesaikan masalah yang terbuku di hati... cuma ada ketika-ketikanya ada yang sukar untuk Lida luahkan fasal hatinya. Hatinya yang pelik, biarpun begitu Aqmar itu baik, masih sahaja belum berjaya menambat hati Lida seluruhnya. Ujiankah itu?

 "Entahlah Lida, emak macam tak percaya aja kau orang tak gaduh!  Susah dah hendak cari suami baik macam tu zaman sekarang!" balas Cikgu Raihan lalu masuk ke dalam. Setelah habis baca al-Quran tadi, dia sudah mahu masuk ke dapur. Aqmar ada atau tidak, dia mesti masak juga juadah berbuka. Sebentar lagi adik-adiknya di sebelah rumah ni mesti hantar sesuatu dan dia perlu membalas bekas mereka " tak boleh tidak. Dia kakak yang sulung, tidak boleh tunjuk sikap pemalas!

Kata Radiah tadi, dia ingin masak udang galah masak lemak dengan belimbing buluh. Rafidah sudah buat karipap pusing, tadi Majmin ke sana menolong.

Apa hendak dimasak ni?

Mata Cikgu Raihan sudah meneroka seluruh peti sejuk.

Buat kerabu sahajalah, kan sudah ada udang galah masak lemak belimbing buluh dalam periuk di rumah Radiah tu menanti. Cikgu Raihan tersenyum, rezeki masih di periuk orang, hati sudah yakin di sini.

Kerabu apa?

Lagipun, Aqmar pun tak ada. Cukuplah, puasa ni kena belajar menahan nafsu makan juga, nanti hendak tarawih pun penat. Goreng ikan lengat, makan dengan kerabu, dah enak dah nanti.

Kerabu tauge?

Isy, macam pemalas la sangat... nanti nak balas bekas pun malu pada suami Radiah pula. Buatnya tiba-tiba Aqmar balik hendak buka puasa kerana tak jadi makan dengan kawan-kawannya ke, tentu hatinya berkata... emak masak ini sahaja? Malulah... pahadal sejak jadi menjadi menantu, setiap bulan Aqmar akan beri duit bulanan untuk dibuat belanja pada dia yang sudah dianggap seperti emak itu.

Buat sesuatu yang agak istimewa!

Yalah... takkan nak buat salad pula, mana tangan Melayu dia reti buat macam segala tu. Kerabu jantung pisang sahajalah, biar nampak rajin sikit. Aqmar pun suka kerabu jantung pisang. Buat cara Kelantan, tak pedas sangat kalau nak makan waktu sahur nanti.

Masalahnya, makanan macam tu akan buat Cikgu Raihan sakit pinggang lepas makan kerana angin.

"Lida..."

"Ya emak," jawab si anak dari beranda sisi. Suaranya sampai sahaja di situ. Beranda itu letaknya tidak jauh dari dapur rumahnya.

"Mai la tolong emak ni, Lida di rumah umi malas macam ni la agaknya," rungut emak, kuat dari dalam.

"Emakkk..." balas Lida sudah masuk ke dapur.

Ditinggalkan ikan-ikan berenang bersendirian di beranda. Ikan yang dibeli Aqmar untuk emak... ikan yang buat Lida menambah rasa sayangnya pada Aqmar lagi.

Saat ini, dia rindu pada Aqmar yang baik, Penang itu jauh. Kenapa mesti pergi buka puasa jauh-jauh, nanti nak berebut tarawih lagi, entah pukul berapa hendak sampai ni? Mungkin waktu Aqmar sampai nanti, Lida sudah tidur. Hatinya macam ingin merajuk.

Tapi...

Harap-harap Aqmar belilah martabak kambing di Restoran Hamediyah nanti. Sudah lama dia tidak makan martabak. Kan dah pesan tadi, untuk dia tentu Aqmar sanggup sahaja buat macam-macam! Senyum sudah terlukis di muka.

"Emak... sahur ni hendak masak apa?"

"Eh... berbuka pun belum, dah tanya fasal bersahur." Usik emak.

"Goreng telur ikan terubuk masin ya, Abang Aqmar suka telur ikan terubuk masin yang Lida beli dekat Pasar Chowrasta tu."

"Lagi?" soal emak. Dia suka apabila Lida ada semangat untuk berusaha keras masak makan untuk Aqmar.

"Entahlah, tiap-tiap tahun Abang Aqmar belikan buku masak, lepas tu kan rumah ni ada 'chef', tepi rumah pun emak-emak penakan Lida pun mahir masak, umi dan Kak Mah pun pakar juga... tapi Lida tak juga pandai-pandai."

"Tak pandai, sebab tak berusaha!" balas emak, pantas.

"Emak..."

"Sudahlah, pergi kait jantung pisang, lepas tu rebus!"

Ya, dia ingat pesan emak, jantung pisang tu jangan dibelah waktu merebus... biar sebiji-sebiji, supaya lembut isinya."

Emak sudah membelah nyiur untuk dikukur halus serta disangai jadi kerisik.

  Tak usahkan kertas biru,
                 Kertas putih saya suratkan;
            Tak usahkan hati yang rindu,
                 Hati yang kasih saya turutkan.


   4 comments

phd-thesis-writing-services
November 15, 2017   05:21 AM PST
 
Regardless of the educational level and the year of studying of the student, probably each of them has ended up in a situation when it becomes impossible to deal with all the assignments successfully. Every day, you may be at risk of failure at meeting the deadlines and other requirements of your professors and teachers. No wonder that you start thinking: 'Is there anyone who could write my essay for me? I would eagerly pay someone to write my essay on time so that I could have some rest!'. Questions like theses come to your mind in increasing frequency, don't they? If they really do, it is the high time you listened to your intuition or inner voice, whatever. It is indeed better and far more reasonable to contact a reliable professional and get a part of your writing assignments done on time like here https://rocketpaper.net/phd-thesis-writing-services
custom essay writing
July 15, 2016   09:00 PM PDT
 
This story is amazing! I was looking for something inspiring and interesting! Thanks a lot!
kaksu
June 7, 2014   11:02 PM PDT
 
Seronok kan zaman dulu-dulu. Masa duduk rumah tok, adik kaksu yang selalu kena pergi hantar rumah orang, kaksu tak pernah rasanya.
notie
June 7, 2014   08:00 AM PDT
 
Berukar-tukar juadah selalu mendatangkan nostalgia pada saya di bulan puasa, Rindunya waktu itu.

Masa kecil selalu jadi tukang hantar juadah dan kutip juadah.

Bila dah besar sikit selalu pening nak masak apa untuk di tukar juadah. Walau hanya jemput2 pisang sahaja dah boleh jadi 2-3 kuih pelbagai jenis yang di perolehi.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments